Rangkaian komputer bermaksud
sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal
tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem
perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan
komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang
radio, pancar infra merah atau satelit. Medium rangkaian terdiri daripada
medium rangkaian wayar dan tanpa wayar.
2.2.1 Medium rangkaian wayar
Kabel rangkaian masih digunakan sebagai
media penghantaran untuk pemindahan data dalam rangkaian. Terdapat beberapa
jenis kabel rangkaian yang biasa digunakan.
2.2.1.1 Kabel sepaksi
tebal (thick coaxial cable)
Rajah 2.2.1.1: Kabel Sepaksi Tebal
Digunakan untuk jarak yang jauh.
Panjang maksima segmen ialah 500 meter. Piawaian untuk kabel ini ialah 10Base5.
2.2.1.2 Kabel sepaksi
nipis (thin coaxial cable)
Rajah 2.2.1.2 : Kabel Sepaksi Nipis
Digunakan untuk jarak yang
pendek dengan panjang maksimum segmen 185m. Piawaian untuk kabel ini ialah
10Base2.
2.2.1.3
Kabel pasangan terpiuh (twisted-pair cable)
Rajah 2.2.1.3: Kabel pasangan terpiuh
Jenis kabel ini diklasifikasikan
mengikut kategori yang ditetapkan oleh EIA/TIA (Electronic Industry
Association/Telecommunication Industry Association). Cat 5, Cat 5e dan Cat 6
merupakan jenis kabel yang digunakan untuk rangkaian Ethernet.
2.2.1.4
Pasangan terpiuh tidak bertebat (unshielded-twisted pair)
Rajah 2.2.1.4: Kabel pasangan terpiuh tidak bertebat
Kos yang rendah dan mudah
terpengaruh dengan gangguan daripada radio dan peralatan elektrik yang
berdekatan.
2.2.1.5
Pasangan terpiuh bertebat (shieled-twisted pair)
Rajah 2.2.1.5: Kabel pasangan terpiuh bertebat
Lebih sesuai digunakan di tempat
yang terdapat gangguan elektrik berbanding kabel terpiuh tidak bertebat.
2.2.1.6 Kabel gentian
optik (Fiber Optic Cable)
Rajah 2.2.1.6: Kabel gentian
optik
Kabel gentian optik dapat menghantar
data dengan lebih laju dan jarak yang lebih jauh berbanding kabel sepaksi dan
kabel pasangan terpiuh. Ia lebih sukar dipasang berbanding dengan kabel kuprum.
2.2.2 Medium
Rangkaian Tanpa Wayar
Hanya peralatan yang telah melepasi ujian Wi-Fi Alliance® dibenarkan
menggunakan logo yang dikeluarkan oleh mereka.
Rajah
2.2.2.1: Logo Wi-Fi
Kelebihan
menggunakan Wi-Fi adalah seperti berikut:
·
Mudah:
Anda boleh menyambungkan komputer di rumah atau sekolah
tanpa wayar. Komputer yang disambungkan ke
rangkaian boleh berada sehingga 30 meter.
·
Kos: Rangkaian Tanpa Wayar
mudah untuk dipasang dan tidak mahal.
Rangkaian tanpa wayar ialah perpindahan maklumat antara satu titik ke titik yang lain yang tidak berhubung secara
fizikal. Ia juga dalam jarak yang dekat, seperti beberapa meter atau jarak yang sangat jauh.
Penggunaan Wi-Fi
adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan
kad Wi-Fi yang di pasang di dalam komputer bagi
membolehkan pengguna berkongsi fail dan
pencetak serta melayari internet sama
seperti rangkaian LAN biasa.
Terdapat dua jenis topologi rangkaian tanpa wayar iaitu peer-to-peer dan client-server. Dalam rangkaian tanpa wayar, peer-to-peer rangkaian akan berhubung dengan setiap komputer yang
ada dalam rangkaian dengan lebih mudah dan secara langsung. Manakala bagi
rangkaian tanpa wayar, client-server
pula, terdapat titik capaian (access
point) untuk membolehkan komputer menerima dan menghantar data menerusi
titik ini kepada semua komputer yang dicapai oleh rangkaian.
Terdapat empat jenis rangkaian tanpa wayar yang mana ia
dibahagikan mengikut kelajuan capaian rangkaian dan kos untuk
mengimplimentasinya.
i.
Bluetooth
ii.
IrDA
iii.
HomeRF (SWAP)
iv.
Wi-Fi
Bluetooth
Teknologi ini tidak digunakan secara
meluas dan ia tidak mampu menggantikan rangkaian berkelajuan tinggi di antara
komputer. Bluetooth berspesifikasi
untuk menggunakan radio berkuasa rendah untuk menghubungkan telefon dan
komputer dalam jarak yang pendek tanpa wayar. Topologi Bluetooth dikenali
sebagai piconet atau PAN (personal area network). Piconet mengandungi sekurang-kurangnya
dua hingga maksimum lapan peranti Bluetooth
dalam rangkaiannya. Bluetooth mempunyai
pelbagai versi yang berbeza dari segi jarak dan juga kelajuannya. Bluetooth 1.2 mempunyai jarak maksima 10
meter (30 kaki) dan kelajuan sehingga 1 Mbps. Bluethooth 1.2 menggunakan
isyarat radio dalam jarak 2.4 Ghz atau yang sama dengan Wifi.
IrDA
IrDA (Inframerah) adalah sebuah
piawaian untuk perhubungan peranti dengan menggunakan cahaya inframerah. Cara
inilah alat kawalan jauh berfungsi dan ia bergerak dengan kelajuan 4Mbps di
samping bergerak dalam aliran yang lurus.
SWAP
HomeRF (RF atau Radio Frequency)
telah mewujudkan satu piawaian yang dipanggil Shared Wireless Access Protocol atau SWAP. SWAP mempunyai enam
saluran suara berdasarkan kepada standard Digital
Enhanced Cordless Telecommunications (DECT) dan spesifikasi tanpa wayar Ethernet 802.11 untuk data. Peranti SWAP melakukan 50 loncatan sesaat dan
memancar pada 1 Mbps. Keberkesanan bergantung kepada pengeluar dan jumlah
gangguan yang ada di kawasan yang digunakan.
Wi-Fi
Wireless
Ethernet Compatibility Alliance (WECA) yang kini dikenali sebagai Wi-Fi Alliance telah mengemukakan Wi-Fi (wireless fidelity) sebagai alternatif kepada SWAP. la serasi dengan salah satu
spesifikasi IEEE 802.11, iaitu IEEE 802.11b. Dengan keserasian kepada 802.11b,
perantinya mampu berkomunikasi pada kelajuan 11 Mbps. Walaupun capaian
maksimanya ialah 11 Mbps tetapi kelajuan ini tidak tetap dan boleh menurun
sehingga 1 Mbps. Namun Wi-Fi tetap
stabil dan mampu memberikan sokongan yang baik kepada rangkaian.
Selain daripada IEEE 802.11b,
terdapat set-set spesifikasi yang lain seperti 802.11a, 802.11g, 802.11n dan
802.11ac.
Rajah 2.2.2.2 : Rangkaian
berwayar
Rajah 2.2.2.3: Gabungan rangkaian wayar dan rangkaian tanpa
wayar